Teks Effect menggunakan Adobe Photoshop

Untuk menghasilkan teks effect seperti gambar, hanya beberapa langkah sahaja, dan mungkin kurang dari 10 minit. Jom ikuti cara-caranya:

LANGKAH 1 :

1.  Pilih gambar yang anda henda gunakan dalam effect ini. Saya memilih gambar Shah Alam, kerana saya hendak hasilkan teks shah alam sebentar lagi.

LANGKAH 2 :

2.  Resize gambar (Ctrl+T), kemudian kecikkan gambar mengikut kesesuaian.

LANGKAH 3 :

3.  Resize gambar (Ctrl+T), kemudian kecikkan gambar mengikut kesesuaian.


LANGKAH 4 :

4.  Masukkan teks, caranya pilih tool teks atau shortcut, tekan hurf T di keyboard. Tetikus anda kan berubah menjadi bentuk T. Kemudian taip teks yang anda hendak. Satu layer baru akan berada di atas imej anda. Rujuk gambar di bawah. 

TIPS: Pilih font yang tebal, jangan yang berkarawang sangat yer. Saya menggunakan font jenis IMPACT.

LANGKAH 5 :

5.  Alihkan layer tulisan ke bawah layer gambar. Klik pada layer tulisan, dan gerakkan ke bawah layer gambar.


LANGKAH 6 :

6.  Ini part yang paling penting untuk pastikan gambar anda berada di dalam tulisan yer. Gerakkan mouse anda berada diantara layer gambar & teks, kemudian tekan ALT di keyboar. cursor anda akan bertukar menjadi simbol seperti gambar. Dan klik sahaja.

LANGKAH 7 :

7.  Gambar anda akan di masukkan ke dalam tulisan, lihat gambar. Jika keluar anak panah kebawah seperti rajah, bermakna anda telah berjaya memasukkan gambar ke dalam teks. 

LANGKAH 8 :

8.  Siap! Kita berjaya siapkan teks effect seperti di bawah. Jangan lupa share hasil kerja anda di komen atau di facebook kami yer. 


Berminat untuk hasilkan effect yang lebih advanced seperti gambar yang saya sharekan di atas?
Anda boleh sertai Bengkel Photoshop Zero To Hero yang bakal diadakan di Shah Alam  pada 26 Mac 2017 nanti…Tempat terhad…

Untuk yang mendaftar awal, ada harga early bird menanti anda. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut. Jumpa anda disana!
   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *