Tahukah anda perbezaan JPEG, GIF & PNG di dalam dunia grafik?

Follow
( 0 Followers )
X

Follow

E-mail : *

Dalam dunia grafik terdapat pelbagai jenis format untuk imej yang digunakan. Terdapat 3 format yang popular, yang kerap para grafik gunakan, iaitu JPEG, GIF dan PNG.

JPEG

File extension adalah .JPG atau pun .JPEG. “JPEG” bermaksud “Joint Photographic Experts Group.” Cara sebutannya adalah “jay-peg”. Format ini telah dicipta pada tahun 1986.

Ia merupakan format standard hampir semua kamera digital diseluruh dunia. JPEG boleh memaparkan berjuta warna. Ia merupakan 16-bit data.

Tujuannya adalah untuk mengecilkan saiz file, kerana format JPG ini boleh mengecilkan imej kepada 60%-75% dan sesuai untuk digunakan untuk website, kerana saiz telah dikecilkan, tanpa menggurangkan kualiti imej.

Format ini boleh & sesuai digunakan dipelbagai platform sama ada PC mahupun Mac, selain web browser dan imej editor.

JPEG sangat sesuai digunakan untuk
1. Still imej
2. Gambar yang ingin diprint,
3. Gambar yang menggunakan warna yang banyak dan imej yang mempunyai shading
terang dan gelap

       Pada tahun 2014, Mozila telah mencipta format mozjpeg.

GIF

File extension adalah .GIF. “GIF” bermaksud “Graphics Interchange Format.” Cara sebutannya adalah “jif”. Orang ramai bertelagah mengenai sebutannya sama ada menyebut G.I.F ataupun “jif”. Penciptanya Steve Wilhite mula memperbetulkan cara sebutannya sebagai “jif”

Format ini telah dicipta pada tahun 1987 selepas kelahiran JPEG. Tujuannya adalah untuk penghantaran imej ketika itu dimana sambngan internet yang agak perlahan.

Format ini boleh menghasilkan imej transparent dan juga boleh dianimasikan, kerana itu kita dapat melihat banyak web banner menggunakan format GIF.

GIF sangat sesuai digunakan untuk :
1. web grafik yang mempunyai color yang minima
2. Icon
3. Animasi
4. Imej-imej yang mudah seperti line, border dll

PNG

File extension adalah .PNG. “PNG” bermaksud “Portable Network Graphics.” Cara  sebutannya adalah “ping” atau “P.N.G”.

Format ini telah dicipta pada pertengahan tahun 199-an, kerana terdapat isu berkatian format GIF, dan kelebihannya adalah kombinasi GIF & JPEG. Ia merupakan format yang  boleh dikecilkan saiznya tanpa menghilangkan kualiti datanya.

PNG terbahagi kepada 2, iaitu PNG-8 dan PNG-24.

PNG- dgitalpainting

PNG juga ada satu fungsi dipanggil alpha-channels, apa itu Alpha-channels?

1. File PNG membolehkan fungsi transparen di setkan dari 0 ke 100, menghasilkan warna faded.
2. Imej PNG boleh diletakkan di atas sebarang warna latarbelakang (background) dan imej asalnya tidak terjejas.
3. Pelayar internet yang lama mengalami masalah untuk memaparkan file format PNG, yang mempunyai alha-channels ini.

PNG sangat sesuai digunakan untuk :
1. Imej website seperti logo yang memerlukan transparent dan fading
2. Imej yang kompleks, seperti Photografer dimana saize tidak menjadi masalah kepada mereka

Sumber : yourhtmlsource.com, scantips.com, techterms.com, surrey.ac.uk, theregister.co.uk, jpg.org, jpegmini.com, soliddocuments.com, gizmodo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *