Perlukah “Bad Marketing” untuk melariskan produk anda?

Persaingan yang banyak antara pengeluar produk kebelakangan ini, telah menyebabkan berlakunya cara pemasaran yang tidak betul, atau dengan kata lain “bad marketing”.
.
Antaranya ciri-ciri Bad Marketing ialah :

1. Memburuk-burukan pesaing di dalam iklan yang dibuat.
2. Buat iklan diluar kebiasaan, seperti terbalik.
3. Salah menulis nama pelanggan dibekas minuman.
4. Buat pelancaran produk ditempat tak sepatutnya.
5. Apa sahaja cara yang tak bagus, tapi buat juga untuk tujuan marketing.

Bagi sebuah restoran makanan segera, mereka tak perlu menggunakan kaedah bad marketing ini.

Mereka menggunakan logo sendiri, dan dijadikan signboard, memberitahu pelanggan dimana mereka berada.

Ini baru orang senang tahu apa ada iklan di billboard. Bukan semua benda atau info perlu dimasukkan, sampai tak tahu mana hujung pangkal.

Info yang banyak-banyak tu, kita letak sahaja di website. Jika mereka ingin tahu dengan lebih lanjut, mereka boleh pergi ke website. Baru dinamakan “Integrated Marketing”. Setiap website juga mempunyai fungi yang tertentu. Kita mesti memilih, website macam mana, yang sesuai dengan perniaggan kita.
.
Sebagai kesimpulan, pilih cara pemasaran yang betul, untuk jangka masa panjang perniagaan anda.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *