“PUKAU” pelanggan dengan simbol ikan duyung dan “kuasa” warna hijau!

Follow
( 0 Followers )
X

Follow

E-mail : *

Sebut Starbucks semua orang kenal kan?

Starbucks merupakan rangkaian kedai kopi yang terbesar di dunia, mencecah jualan berbilion-bilion dolar setiap tahun, dengan 60 juta pelanggan dan memiliki lebih 17,000 cawangan di seluruh dunia.

Starbucks Coffee telah melakukan empat kali pertukaran logo, iaitu pada tahun 1971, 1987, 1992 dan awal tahun 2011.

Saya ulang, dah 4 kali tukar logo!

Jadi kepada anda yang “terasa” logo anda tu memang dah tak betul dan macam har*&@*m tu, takut ke nak tukar kepada yang lebih baik?..

Biasanya korang akan cakap;
“Saya dah guna logo ni selama 5 tahun ++, pelanggan dah kenal, takut nanti kalau tukar, pelanggan keliru..!”

So?? Jawab saya;
Starbucks dengan bisnes awak siapa lagi ramai pelanggan?

Awak ada cawangan seluruh dunia ke?

Nasihat saya;
Tukar je logo baru, lepas tu buat “kempen rebranding”.

• Kenapa Starbucks menggunakan simbol IKAN DUYUNG?

Dalam mitos Yunani, ada seekor ikan duyung yang digelar Dewi Syren, iaitu Dewa Penggoda yang berekor kembar dan suka menggoda para pelaut.

Jadi Starbucks Coffee menggunakan cerita tersebut sebagai “rational” pada logonya yang bermaksud ianya akan dapat “memukau” perhatian pelanggan.

Penggunaan simbol ikan duyung juga adalah bermaksud hubungan para pelanggan dengan alam semula jadi.

• Kenapa guna warna HIJAU?

Warna hijau mempunyai tenaga yang boleh membantu orang yang sering merasa stress, & menyeimbangkan emosi.

Ianya juga di kaitkan dengan persekitaran dan alam semula jadi.
Warna hijau melahirkan rasa santai, menjemput pelanggan untuk berehat dan meredakan tekanan dengan meminum kopi.

Warna ini juga berkaitan dengan cakra jantung sehingga dipercayai membantu masalah emosional, seperti cinta, kepercayaan, dan kasih sayang.

• Point saya kat sini adalah:
1. Bila guna ikon pada logo mesti ada rational/maksud yang boleh “memukau” pelanggan anda.
Bukan main letak, bila saya tanya kenapa guna ikon kupu-kupu? (contoh), jawabnya entah!.. sebab suka katanya.

2. Anda perlu tahu warna apa yang mempunyai tenaga yang boleh “memukau” pelanggan.
Bukan guna ikut warna kegemaraan anda!!

Kerana setiap warna mempunyai tenaga dan kesan psikologi yang berbeza-beza.

• AMARAN Saya!
Jangan ambil mudah berkenaan warna, kerana ia mempunyai impak yang besar pada setiap perniagaan.

Sebab tu ramai yang dah berniaga bertahun-tahun tapi masih berpusing-pusing kat situ je…, yang melingkup terus pun ramai.

** Tajuk apa yang saya kongsi ni hanyalah sekadar informasi. Tak perlu kecam kalau tak suka.

Ada sesiapa lagi nak saya kongsi tentang “kuasa pukau” simbol dan warna ni?

Kalau nak, sila share dulu info ini dengan kawan-kawan anda seramai mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *