Hasilkan design ini tak sampai 5 minit!

Ah poyo lah! Tak percaya la, mana boleh buat design macam ni tak sampai 5 minit!

hasilkan design dalam masa 5 minit

Ini bukan ayat poyo yer sahabat semua. Ini betul-betul boleh buat. Tapi prosesnya ambil masa berjam-jam, mungkin juga berhari-hari.

Untuk menghasilkan design, yang paling penting kena ada konsep & idea. 2 elemen ini yang membuatkan, kemana hala tuju design kita. Photoshop atau lain-lain imej editor hanyalah tools untuk menghasilkan design.

Sebelum kita hasilkan sesuatu design :

1. Pastikan kepada siapa design kita tu hendak di tujukan, kalau nak bagi orang2 muda tengok, kena guna warna2 yang terang.

2. Konsep apa yang hendak kita sampaikan? Adakah design tu nak menampakkan kesegaran bila pakai produk tu? Jadi kena guna kan gambar2 yang mendamaikan, seperti tepi sungau, laut dll (macam iklan sy buat tu)

3. Pemilihan font juga penting, supaya orang mudah untuk membaca

4. Pemilihan gambar yang bersesuaian, seperti contoh sy letakkan gambar epal, dan testimoni pengguna di dalam iklan

Kemudian, apabila semua bahan-bahan dah ada, kejap jer kita nak buat design atau grafik. Sama juga macam kita masak, nak gi pasar, beli barang kan lama, tapi bila bahan-bahan semua dah ada, kejap jer kita masak. Betul tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *