9 Tips Penyediaan Slide Pembentangan Terbaik

Follow
( 5 Followers )
X

Follow

E-mail : *

Selalu buat slide presentation? Tapi slide nampak bosan dan buat audience bosan dan mengantuk sekali gus presentation yang anda buat dilabelkan sebagai gagal? Masalah seperti ini kerap berlaku kerana tidak ramai yang mengambil inisiatif untuk belajar membuat slide presentation yang menarik.

Dengan kepelbagaian sumber percuma di internet, lambakan tutorial di sana sini sebenarnya memudahkan kerja-kerja untuk buat slide presentation. 9 tips terbaik yang diringkaskan untuk anda titikberatkan semasa penyediaan slide pembentangan anda. Semoga bermanfaat!

Tips #1 Gunakan 1 gambar untuk 1 slide.
Pilih 1 gambar paling relevan untuk konten slide. 1 slide, 1 point konten. Simpan teks yang panjang untuk pembentangan mata-ke-mata. Bukan baca slide dan membelakangi audiens Gambar yang berimpak mampu menarik minat audiens.

Tips #2 Gunakan tulisan jenis san serif.
Paling mencabar dalam penyediaan slide adalah pemilihan font. Jujur, 2-3 font adalah mencukupi. 1 font san serif yang utama. Haruslah bersifat tebal (kukuh & stabil) tanpa perlu bold, masih utuh jika di-italic-kan. 1 font serif/ san serif bulat untuk point kecil, dan 1 taip font fancy elegan yang boleh dibaca.

Penggunaan font jenis sans serif untuk tajuk lebih menarik & mudah untuk dibaca

Tips #3 Hanya 6 baris ayat pendek.
Cuba maksimakan hanya 6 baris ayat pendek sahaja dalam setiap slide. Elakkan penulisan terlalu panjang dengan saiz taip yang kecil. Ia tak sesuai untuk pembentangan, lebih sesuai sebagai handouts.

Elakkan penggunaan teks yang panjang di dalam slide anda

Tips #4 Pilih frasa ringkas, mudah difahami.
Setiap point konten pasti ada kata kunci penting. Gunakan sebaiknya, dan digabung dengan kata adjektif yang bersifat menerangkan kata kunci tersebut.

Tips #5 Ruang 40% dikosongkan.
Prinsip iklan Facebook yang hanya membenarkan 20% teks dalam imej adalah sangat relevan. 20% teks. 40% gambar. Dan baki 40% eye-rest. Ini penting untuk hilangkan jemu, dan keserabutan info dalam slide. Ambil 80% teks itu dan ucapkan secara verbal semasa pembentangan di buat.

Tips #6 Kontra warna teks
Gunakan kontra warna dalam teks yang sama jenis taip dan saiz untuk hidupkan kontra. Kontra kepada mesej yang penting berbanding perkataan/ frasa pelengkap.

 

Perbezaan warna teks & latarbelakang memudahkan audience membaca slide anda


Tips #7 Gunakan 5 warna maksima dalam slide pembentangan.

Untuk slide yang profesional, atau korporat, adalah disarankan untuk anda memilih satu tona warna dengan 1 tona kontra sahaja digunakan. Contohnya, anda memilih tona korporat merah, dan dikontra dengan biru. Warna putih dan hitam adalah warna pelengkap, dan itu sudah menjadikan anda menggunakan 4 warna.

Warna gambar, boleh diberi efek filter berwarna yang sesuai dengan mode pembentangan. Sephia atau hitamputih adalah yang paling mudah disuaipadankan dan tampak kemas.

Tips #8 Menggunakan template slide pembentangan.
Untuk membuatkan slide group korang stand out daripada group lain, put some effort untuk mencari template presentation di Google. Thousands out there yang ada free template. Template dalam Microsoft Powerpoint dah outdated.

Anda hanya perlu mencari template percuma di Google, dan edit untuk memudahkan kerja anda

Tips #9 Seimbang, Susun dan Minimal.
Akhir sekali, pastikan ada keseimbangan dalam setiap slide. Sama konsep macam anda bermain jongkang-jongket (see-saw), ia harus seimbang di kedua-dua bahagian untuk keselesaan.

Jadi, anda sudah bersedia untuk menyediakan pembentangan anda?

SELAMAT BERJAYA !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *