7 Tip menggunakan gambar untuk promosi atau iklan di Facebook

Tunjukkan apa yang menarik mengenai perniagaan anda melalui gambar. Cuba tarik perhatian pengguna Facebook menggunakan gambar orang, pekerja, pelanggan, produk atau persekitaran perniagaan anda.

Gunakan gambar yang berkualiti. Fikirkan juga tentang pencahayaan. Gambar yang tidak berkualiti dari segi pengambilan akan kelihatan tidak menarik dan orang tidak akan klik. Belajar sedikit sebanyak elemen fotografi untuk memperbaiki gambar anda. 

Pastikan gambar atau imej yang dikongsikan adalah selari dengan mesej atau status yang ditulis. Imej dan text yang selari akan menguatkan lagi sebab untuk orang klik. 

Gunakan gambar yang memberi tarikan emosi. Perasaan emosi adalah perasaan yang kuat untuk menarik perhatian orang ramai di Facebook. Sebagai contoh, gambar muka yang berjerawat beri kesan emosi takut dan terbaik untuk menjual ubat jerawat. 

Pastikan gambar atau imej tersebut mencerminkan jenama anda, dari segi cara penulisan text pada imej, warna yang digunakan, dan mesej yang disampaikan. Jadikan peluang untuk membina jenama. 

Gambar yang digunakan juga perlu konsisten supaya orang mengenali perniagaan anda. 

Namun perlu juga tukar gambar iklan supaya orang mendapat sesuatu yang lain dan berbeza dan tidak bosan dengan gambar yang sama. Sama tetapi tidak serupa!

 

Mudahan tip-tip ini dapat memperbaiki pengiklanan anda dan juga promosi perniagaan anda di Facebook!

Sumber: Irfan Khairi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *