6 Sebab Peniaga Perlu Memiliki Website Kedai Online

Bisnes online memang boleh dilakukan dengan modal yang minima. Tetapi, ini bukan alasan untuk anda tidak memikirkan langsung tentang modal. Modal yang telah diperolehi sepatutnya diguna untuk mengembangkan bisness online anda. Jika anda sedang menjalankan bisnes online, sepatutnya anda mengeluarkan sedikit modal untuk membangunkan kedai online.

Jika selama ini, anda menjual di platform percuma seperti Facebook, Instagarm dan lain-lain, apa
salahnya anda membuat website kedai online anda sendiri. Ada banyak keuntungan bila anda memiliki website kedai online.

Berikut adalah beberapa keuntungan memiliki website kedai online sendiri.

1. Lebih Profesional dan Lebih di percayai

Dengan memiliki sebuah website, produk anda semakin kelihatan profesional dan mudah mendapat kepercayaan dari prospek. Ini kerana, jika selama ini anda menumpang menjual di medium percuma, ia tidak dapat mengangkat brand produk anda. Sesebuah bisnes online
mudah dilihat dengan memaksimakan sebuah website.

2. Keselamatan Lebih Terjamin

Anda tidak akan dapat mengetahui berapa lama sesuatu medium percuma untuk jualan anda akan bertahan. Mungkin juga akaun fanpage anda di blok? atau mungkin Facebook akan ditutup?

Jadi, dengan adanya website sendiri, keselamatan bisnes online anda akan lebih terjamin.

3. Lebih Efektif dan EfisyenDalam Menguruskan Produk

Anda boleh menguruskan sendiri produk anda tanpa ada campur tangan pihak ketiga. Anda juga boleh memaksimumkan funsi-fungsi yang ada didalam website anda bangunkan.

4. Mengawal Penuh Terhadap Kedai Online

Jika anda bergantung pada medium percuma seperti Facebook, tentu banyak peraturan yang harus anda ikuti. Contohnya jika membuat iklan di Facebook, ada beberapa peraturan yang telah ditetapkan untuk anda menjual disana. Jika tidak, iklan anda tidak berjalan.

Jadi dengan memiliki website sendiri, anda boleh tentukan sendiri, peraturannya! Best best?

5. Laporan Kewangan Automatik

Dengan memiliki website kedai online anda sendiri, anda tidak perlu memikirkan untuk “menyewa” seorang akauntan. Ini kerana semuanya telah di sistemkan di dalam website anda. Anda boleh melakukannya bila-bila masa dengan hanya 1 klik sahaja.

6. Menentukan Nama Domain Sendiri

Dalam menghasiklan sesuatu website, nama domain memainkan peranan yang amat penting, dalam memperkenalkan bisnes & produk anda.

Contohnya, www.dgitalpainting.com/kedaianda, jika anda menggunakan platform percuma. Alamat/url tersebut tidak memberikan kesan profesional jika dibandingkan dengan
www.kedaianda.com.

Jadinya, mempunyai website kedai online sendiri banyak kelebihannya. Ia juga merupakan kedai 24jam anda, yang tak perlu ditutup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *