5 Bisnes Online Anda Boleh Cuba Tahun 2020

Follow
( 24 Followers )
X

Follow

E-mail : *

Sama seperti fesyen, bisnes online ada trend, dan ada naik dan turunnya. Sama seperti wanita-wanita sibuk dan tergila-gilakan peplum, dalam dunia online business pun ada waktunya email marketing, PPC, adsense menjadi kegilaan ramai.

Jadi, apa yang boleh dicuba pada tahun 2020?

Kami di Dgitalpainting.com tidak percaya kepada trend, sebaliknya memilih satu cabang online business, dan usahakannya sehingga berjaya. Kejar trend, tak akan ke mana-mana.

Jadi, untuk 2020 ini, kami senaraikan disini model online business yang evergreen, terbukti berjaya, dan menjana income tanpa batas (mengikut usaha anda).


#1 Email Marketing

Email bukan dah mati ke? Tak semestinya. Email marketing masih merupakan medium pemasaran yang masih power, dan masih mampu melahirkan usahawan dan menjana income yang cukup lumayan. Anda ke sini pun daripada usaha email marketing kami bukan?

Perjalanannya sangat straightforward – berikan sesuatu dengan percuma, kumpul email, dan promosikan sesuatu kepada email list anda. Kuncinya adalah kesabaran, dan komitmen anda untuk hanya mempromosikan produk yang sesuai dengan mereka.

#2 Dropshipping

Model e-Commerce yang sangat terbukti berjaya, dan sangat-sangat hot sejak beberapa tahun ini. Ramai yang mencuba, tetapi ramai juga yang gagal. Ramai juga guru-guru Youtube yang sibuk mempromosikan sales juta-jutaan dollar mereka, dan ramai yang mendapatkan course mereka.

Bezanya di sini adalah andakah anda mempunyai ‘modal’ untuk mencuba? jika tidak, kami sarankan hanya mencuba dropship di pasaran tempatan seperti di Shopee. Kalau anda mempunyai modal besar, anda boleh terus mencuba di pasaran antarabangsa, seperti di USA.

#3 Youtube

Siapa tidak kenal Cardock? beliau adalah antara contoh mereka yang berjaya menjana pendapatan lumayan dari membuat video-video Youtube sahaja. Kuncinya adalah memilih topik yang ‘interesting’, dan terus membuat video sehingga anda mula membina audiens yang ‘setia’ menonton video anda. Anda juga tidak perlu bergantung harap sepenuhnya kepada income dari Youtube, anda juga boleh mempromosi sesuatu produk dan jana komisen dari sana.

#4 eCommerce Jujur benar

Apa istilah eCommerce Jujur benar? Maknanya anda menjalankan bisnes e-com secara ‘klasik’ – buka online shop, pegang stok sendiri, dan jual, dan pos.

Bisnes model sebegini walaupun lapuk, sebenarnya mempunyai kebaikkan tersendiri – anda boleh memeriksa kualiti setiap produk yang keluar sebelum menghantar produk anda. Kekurangannya adalah anda akan keletihan kerana perlu membungkus dan mengepos setiap hari.

Kunci kepada kejayaan eCommerce jujur benar ini adalah mempunyai branding sendiri, dan juga membina downline agents untuk membantu menjual produk anda.

#5 Gig Economy

Anda boleh consider untuk memulakan sesuatu service secara online di tempat seperti Fiverr, atau Upwork. Terjemahan? Penulisan? Musik? Tutorial Mekap? Jika anda guru, anda juga boleh menganjurkan kelas ‘tusyen online live’ dan mengajar secara maya, dan mengenakan cas setiap kali sesi berjalan.

Kunci untuk berjaya dalam gig economy adalah anda perlu bermula dengan ‘murah’, malah percuma untuk membina portfolio, customer testimonial sebelum anda boleh mengenakan cas yang lebih tinggi.

 

 

 

Mazri Mishar

Berkecimpung dalam dunia grafik & multimedia lebih kurang 18 tahun. Pernah berkhidmat dengan sebuah syarikat penerbitan terbesar di Malaysia. Mengadakan beberapa kursus berkaitan grafik & montaj untuk beberapa agensi kerajaan dan orang ramai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *