4 Perkara Asas untuk Penjenamaan Syarikat “Company Branding”.

Follow
( 0 Followers )
X

Follow

E-mail : *

Untuk menjenamakan sesebuah syarikat, terdapat 4 perkara asas yang perlu anda lakukan. Antaranya adalah:

1. Imej yang diingati.

– Penggunaan logo dan warna yang tepat akan menyebabkan branding kita diingati dan sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan.

– Dikatakan desain dan warna yang betul akan menaikkan pengiktirafan pelanggan kepada produk sebanyak 80%.

– Nike pernah menjuarai jualan dunia dalam pemakaian sukan hanya kerana desain mereka menjadi trending dan sesiapa yang memakainya akan merasa hebat dan bangga.

2. Kepercayaan dan Kesetiaan.

– 54% pelanggan tidak percaya 1-1 brand adalah kerana pihak syarikat tersebut memungkiri janji. Sekiranya produk itu diiklankan sekian-sekian, maka hasilnya juga mesti sama. Setiap promosi dan pengiklanan mesti betul-betul sama dengan produk sebenar.

– McDonnal antara syarikat yang mengiklankan 1-1 produk dengan nota “produk sebenar mungkin berbeza dengan apa yang dilihati di skrin”. Ia adalah kerana ada bantahan pelanggan yang mengatakan ia berbeza.

3. Consistent Delivery.

– 60% pelanggan menjangkakan setiap produk yang ditempah akan sampai dengan baik, elok dan menepati masa yang ditetapkan. Jika tidak, ia akan jadi buah mulut dan hilangnya percaya. Pergi balik ke nombor 2.

– Antara kejayaan Lazada ialah menyediakan platform delivery dengan menyatakan terus waktu penghantaran dan sentiasa memberi email alert tentang proses penghantaran produk.

4. Misi Yang Jelas.

64% pelanggan akan kekal kepada 1-1 produk itu adalah kerana dia tahu yang syarikat tersebut mempunyai misi yang jelas terhadap masyarakat, negara atau apa-apa hal yang ada kaitan dengan kemanusiaan.

– Petronas adalah produk Malaysia yang sentiasa menjadi Nombor 1 kerana ia ada nilai patriotik dalam masa sama membangunkan pelajar melalui Universiti dan banyaknya program kemanusiaan.

Semoga bermanfaat. Jangan lupa share pada kawan-kawan yang lain yer perkongsian ini…

Mazri Mishar

Berkecimpung dalam dunia grafik & multimedia lebih kurang 18 tahun. Pernah berkhidmat dengan sebuah syarikat penerbitan terbesar di Malaysia. Mengadakan beberapa kursus berkaitan grafik & montaj untuk beberapa agensi kerajaan dan orang ramai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *