3 Tips Grafik Design bagi yang Bukan Designer!

Disebabkan oleh hebatnya “kuasa” konten berbentuk visual (ia lebih mudah di ingat & lebih menarik perhatian berbanding teks atau tulisan), ramai yang membuat sendiri imej atau iklan bergambar dengan menggunkan perisian grafik atau mengupah grafik designer.
.
Kali ini, kami dari team Dgital Painting ingin berkongsi 3 tips penting, buat mereka yang ingin menghasilkan sendiri grafik untuk tujuan mengiklankan produk mereka, atau kegunaan sendiri.
.
Dengan 3 tips design ini boleh membantu anda dalam menghasilkan blog, media sosial & visual dengan konsep yang betul.
.
1. Ruang putih (white space)
.
Antara tanda-tanda pereka amatur, atau mereka yang baru dalam membuat grafik adalah penyalahgunaan warna putih (ruang putih).
.
Kenapa dikatakan Penyalahgunaan Ruang Putih? Jom kita tengok contoh di bawah.
.

Sebagai contoh,  Apple’s menggunakan banyak warna/ruang putih untuk HomePod page, tetapi sungguh efektif.
Ini menyebabkan pengunjung website lebih tertumpu pada produk yang hendak mereka lancarkan.
.
Tapi sebaliknya bagi mereka yang bukan designer yang sentiasa hendak memenuhkan segala ruang kosong dengan teks, gambar, atau elemen design yang lain, sehingga tiada ruang untuk menumpukan pada produk.
.
2. Typografi : Keseimbangan teks
.
Typografi merujuk kepada teknik menyusun kedudukan teks & font. Banyak perkara perlu di ambil berat untuk menghasilkan typografi yang berkesan, antaranya: Kerning, Tracking dan Leading sesuatu teks/tulisan.
.
Setiap font mempunyai ciri-ciri sama ada senang dibaca atau gaya tulisan. Biasanya, semakin “bergaya” (stylized) font itu, semakin sukar untuk membaca. Jadi, berhati-hati menggunakan jenis tulisan (stylized) sebegini dalam menghasilkan design.
.

Tetapkan, maksima adalah dua hingga tiga font per grafik. Jika tidak, anda mungkin menghadapi masalah dalam menghasilkan design yang berkesan. Ini adalah TIPS MUDAH untuk anda ikuti.
.

.
3. Warna : Gunakan warna kontra untuk menarik perhatian
.
Warna adalah sesuatu yang agak rumit bagi semua orang. Sesetengah designer juga akan menghadapi kesukaran dalam memilih warna yang sesuai dengan design. Ini kerana, warna kadangkala berkaitan dengan emosi, pemilihan warna yang salah, boleh menyebabkan pandangan prospek/pengguna menjadi salah.
.
Bagaimana memastikan warna yang dipilih itu betul?
.
Mudah sahaja, gunakan warna yang kontra untuk memberikan fokus terhadap design yang kita buat. Ini akan membuatkan mata prospek kita terus kepada maklumat. ikon, data atau point yang hendak kita sampaikan.
.
Apakah warna kontra?
.

Kami berikan contoh seperti gambar di atas. Bahagian kiri adalah roda warna, dan sebelah kanan adalah penggunaan warna kontra.
.
Di bawah ini kami sertakan contoh penggunaan warna kontra dalam iklan Bengkel Mudahnya Grafik yang telah kami buat.
.
Anda dapat lihat disitu, Warna tulisan dan warna latarbelakang sungguh berbeza warnanya. Betul? Jadi, ia memudahkan untuk prospek membaca, konten yang hendak kami sampaikan.

.
Itu sahaja 3 tips mudah hasilkan grafik buat mereka yang baru ataupun bukan designer.
.
Kongsikan tips-tips ini kepada rakan2 lain agar mereka dapat sama-sama menghasilkan grafik berimpak tinggi dengan cara yang mudah.

One thought on “3 Tips Grafik Design bagi yang Bukan Designer!

  • June 30, 2021 at 8:11 pm
    Permalink

    hello!,I really like your writing very much!
    share we communicate extra about your post on AOL?
    I require a specialist in this area to unravel my problem.
    May be that’s you! Taking a look ahead to see you.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *