2 cara pembaca mengimbas, sebelum membaca sesuatu artikel

2 CARA orang mengimbas sebelum membaca sesuatu artikel atau dipanggi Page scanning patters. 

Buat para designer atau yang hendak membuat design yang mengandungi teks, seperti flyers, poster ataupun website dll, anda kena tahu pasal ni.
Menurut kajian, biasanya manusia akan scan(mengimbas) dahulu page/artikel sebelum mereka membaca. Ini untuk memastikan sama ada artikel itu sesuai atau tidak untuk mereka.

Terdapat 2 cara orang imbas artikel/page anda, sebelum mereka betul-betul membaca content anda. 2 jenis pattern itu adalah jenis “F” dan “Z”, dan anda boleh mengambil kelebihan ini dalam menghasilkan design.

Pattern berbentuk F

F-patterns digunakan secara tradisional, yang mempunyai banyak teks, seperti blog post, artikel website dan buku.

Pembaca akan mengimbas dari sebelah kiri page, mencari key word menarik yang terdapat di sebelah kiri atau tajuk di setiap ayat, kemudian akan berhenti dan membaca (ke kanan) apabila mereka menjumpai sesuatu yang menarik.

Keputusannya berbentuk sepertii huruf F, seperti gambarajah di atas.

Jadi, bagaimana anda ingin mengambil peluang ini? Pastikan informasi terpenting berada di sebelah kiri dan pastikan ayat itu pendek, headline di bold kan, bullet points dan lain-lain yang boleh menarik perhatian pembaca.


Pattern berbentuk Z

Z-patterns pula digunakan untuk iklan atau website, dimana informasi tidak semestinya dipaparkan di dalam blok paragraf.

Mata pembaca akan mengimbas dari bahagian atas, dan mencari info terpenting, kemudian kebahagian bawah berbentuk seperti huruf Z.

Biasanya web designer akan menghasilkan website yang bersesuaian dengan kaedah pembacaan ini. Mereka akan meletakkan informasi paling penting sepanjang bahagian atas website secara melintang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *