15 idea hasilkan foto menarik di Instagram
Seperti kita ketahui, Instagram merupakan platform media social untuk berkongsi gambar & kenangan di media social, sama ada untuk persendirian mahupun berbisness.
TAPI…lama kelamaan kita mungkin kehabisan idea, gambar apa yang perlu di upload, konsep macam mana yang menarik?
Jangan risau, kami kongsikan 15 idea hasilkan foto menarik di Instagram!
1. Flatlay
Kita semua suka imej estetika yang cantik. Susunan imej seperti ini dinamakan “flatlay.” Cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan memilih warna tertentu dan gunakan warna latar belakang yang lembut.

2. Katil
Terlalu malas untuk bangun? Tiada masalah! Lepak atas katil & snap sahaja gambar. Pastikan anda mendapat cahaya yang cukup supaya imej tidak akan terlalu kasar atau tidak jelas. Ambil foto dari atas atau dengan memegang kopi di tangan 😉

3. Pandang ke atas
Kita semua tahu tentang melihat ke bawah, bagaimana pula jika anda pandang ke atas? Percayalah, ini pun salah satu sudut pandangan yang menarik, sangat sesuai untuk mengambil gambar bangunan & landskape.

4. Berkongsi musim
Foto bermusim cenderung untuk berfungsi dengan baik di Instagram. Kongsi tentang apa sahaja musim di tempat anda, samada musim buah, musim hujan, ataupun musim salji.

5. Sideways
Ambil pandangan yang berbeza dan hanya tunjukkan sebahagian imej atau ambil sudut yang berbeza. Ini memberi follower anda perspektif yang unik.

6. Makanan
Kita semua mula rasa terliur apabila melihat makanan yang lazat di Instagram. Berkongsi foto apa yang anda makan. Pastikan anda ambil gambar makanan sebelum anda memakannya!

7. Dinding berwarna-warni
Ambil gambar atau imej anda dengan dinding yang cantik dan berwarna-warni. Ia begitu “eye catching” dan membuat gambar anda benar-benar menonjol.

8. Fokus
Dengan smartphone terkini, anda boleh mengambil gambar dengan menumpukan kepada satu bahagian imej dan benar-benar mengaburkan latar belakang (atau dinamakan bokeh). Ini menjadikan gambar ada cantik & hebat, contohnya seperti gambar ini!

9. Kemana anda pergi
Sama ada anda berada di jalan, di lokasi, atau di hotel, kami ingin berkongsi pengalaman. Ia sentiasa menarik untuk kongsikan perjalanan & percutian anda.

10. Pintu
Ya, kita sudah melihat lantai, tetapi bagaimana dengan pintu? Pintu pun salah satu imej yang menarik untuk dikongsikan di Instagram!

11. Sedang melihat anda
Gambar dari belakang, seolah-olah membuatkan followers merasai susana bersama anda.

12. Ruang kerja
Ramai yang suka melihat ruang kerja orang lain, sama ada untuk dijadikan inspirasi atau cara kerja orang lain. Kongsikan gambar laptop atau meja anda di Instagram…

13. Perspektif
Saya fikir ia sentiasa menarik untuk melihat keseluruhan sesuatu pandangan. Sama ada di dalam restoran, kedai atau bangunan, ini adalah cara yang bagus untuk mengambarkan sesuatu ruang. Ambil jarak sedikit, kemudian dapatkan semuanya didalam gambar anda!

14. Pemandangan melalui tingkap
Salah satu cara yang agak menarik, dengan lain dari kebiasaan. Anda boleh mengambil keseluruhan gambar tingkap, atau hanya sebahagian sahaja pun sudah memadai 😉

15. Kongsikan kata-kata
Jika anda suka menulis kata-kata motivasi atau pesanan, anda boleh boleh kongsikan dengan mengedit gambar yang anda telah ambil, dan edit menggunakan apps tertentu di telefon pintar anda.

Saya harap anda suka dengan 15 tips idea untuk Instagram anda. Kongsikan bersama rakan-rakan lain tips kali ini supaya mereka juga dapat kongsikan gambar-gambar menarik di Instagram.

Berkecimpung dalam dunia grafik & multimedia lebih kurang 18 tahun.
Pernah berkhidmat dengan sebuah syarikat penerbitan terbesar di Malaysia.
Mengadakan beberapa kursus berkaitan grafik & montaj untuk beberapa agensi kerajaan dan orang ramai
https://vsdoxycyclinev.com/ – doxycycline 100mg acne