10 trik para pengiklanan lakukan untuk menjadikan makanan nampak sangat menarik

Dalam penghasilan iklan, untuk tujuan komersial, biasanya jurugambar & agensi pengiklanan akan mencantikkan produk yang ingin diiklankan dengan beberapa trik, supaya produk makanan tersebut nampak menarik & menyelerakan.

1. Deodorant jadikan buah berkilat


Buah-buahan sentiasa kelihatan berkilat dalam iklan. Tiada alat istimewa yang digunakan, hanya sembur deodorant untuk jadikan buah-buahan lebih berkilat/bersinar.

2. Minyak enjin berbanding sirap maple


Pancakes menyerap sirap dengan cepat, jadi photograper menggantikannya dengan minyak enjin.

3. Isi burger diwarnakan dengan menggunakan polish kasut


Untuk memastikan isi berger sentiasa nampak fresh, jurugambar menggunakan polish kasut dalam menghasilkan gambar yang cantik

4.Glycerin kekalkan kesegaran makanan laut


Makanan laut akan hilang kesegarannya dengan cepat. Untuk mengekalkan ia kelihatan segar dan mengiurkan, jurugambar akan mencampurkan ia bersama air dan glycerol.

5. Sirap glukos untuk Chinese noodles


Ia mengambil beberapa minit untuk memasaknya, tetapi ia kering dengan cepat, jadi pengiklan salutkan makanan tersebut bersama sirap glukos(biasanya digunakan untuk pencuci mulut).

6. Kadbord didalam kek?


Untuk memastikan kek kelihatan basah, jurugambar meletakkan antaranya kadbord, dan diatasnya di letakkan ubat gigi. Mereka juga menggunakan helah yang sama untuk gambar pengiklanan sandwich dan burger.

7. Kentang lenyek berbanding aiskrim


Aiskrim cair sangat cepat dibawah lampu studio. Oleh itu,jurugambar terpaksa menggantikannya dengan kentang lenyek yang diwarnakan.

8. Kuib ais plastik

Ais cair sangat cepat bila terkena cahaya didalam studio, jadi jurugambar menggunakan kiub ais plastik didalam iklan minuman ringan. Ia juga boleh di masukkan kedalam peti sejuk, kemudian digunakan.

9. Glue menggantikan gam


Cereal akan cepat tenggelam didalam susu. Jadi, untuk mengambil gambar untuk iklan cereal, jurugambar menggantukan susu dengan glue.

10. Ayam disumbat dengan tisu


Ayam dalam pengiklanan tidak pernah dimasak secara memanggangnya.Ia hanya dipanaskan kemudian dicat. Untuk menampakkan ia kelihatan padat, jurugmabar memasukkan tisu kedalam ayam tersebut.

Menarik bukan? Begitulah taktik agensi pengiklanan untuk menampakkan makanan menjadi menarik di dalam iklan.


Berminat untuk hasilkan effect yang lebih advanced seperti gambar yang saya sharekan di atas?
Anda boleh sertai Bengkel Photoshop Zero To Hero yang bakal diadakan di Shah Alam  pada 26 Mac 2017 nanti…Tempat terhad…

Untuk yang mendaftar awal, ada harga early bird menanti anda. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut. Jumpa anda disana!
   

7 thoughts on “10 trik para pengiklanan lakukan untuk menjadikan makanan nampak sangat menarik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *